InsyaAllah
Dengan
nama Tuhan yang telah meletakkan setitik
kasih dan Cinta dalam hati ini dan kini telah membuahkan rindu yang
tiada jua dapat
kutahan geloranya jika tanpa sedikit
ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku.
Untuk kekasihku…
Saat
aku tuliskan
surat ini buatmu, betapa hatiku sentiasa
sarat dengan rindumu. Rindu yang mendambakan kasihku padamu. Hatiku
penuh dengan
cintamu dan tidak bisa dimasuki oleh kasih
yang lain. Hanya kasihmu yang aku miliki, yang menceriakan kehidupanku
walaupun
kadangkadang aku tersasar oleh kerana mabuk
kerinduan.
Kekasihku…..
Ingin aku katakan padamu bahwa aku
tidak menduakan kasihmu. Aku tidak menduakan
cintamu kerana hatiku telah dirimu miliki. Bagaimana aku bisa mengisinya
dengan
sesuatu yang lain sedangkan ia berada
disampingmu. Janganlah dirimu sangsi dengan kesetiaanku, kerana aku
telah membina benteng
yang tinggi agar cintamu yang kumiliki tidak
terlepas keluar dari sempadan hati dan menghalang sebarang cinta dari
luar untuk
menerobosi jiwaku.
Kekasihku…..
Cintamu
adalah antara yang terutama dalam senarai cintaku. Pertama cinta Tuhan
dan rasul, kedua cinta keluargaku dan ketiga
adalah cintamu. Aku jamin ia tidak akan berubah arah sehinggalah Tuhan
benarbenar
menentukan dan menyatakan kehendaknya dalam
kisah perjalanan cinta kita ini. Namun aku sentiasa berdoa agar cinta
dan kasih
kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa
bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari kemudian.
Kekasih….
Tiadalah
sebaik kata-kata yang mampu aku tuliskan
dalam surat cinta ku ini melainkan untuk menyatakan bahawa sehingga kini
hanya
dirimu yang memiliki hatiku ini. Aku bahagia
begini dan aku ingin terus begini bersamamu. Aku bermohon pada Tuhan
semoga Dia
menerima permohonan ini. Hanya padaNyalah aku
berharap.
Kekasih….
Cinta dan rindumu adalah menjadi teman paling
setia dalam hidupku walau saat dirimu tiada disisiku.
By.
BetaOmel /
Talaga, 23-01-87
Tidak ada komentar:
Posting Komentar